Sunday, November 20, 2011

20112011

assalamualaikum :)

takde pape yang menarik pun berlaku harinie kat aku.melainkan balik uitm T.T okey,itu tak menarik.LANGSUNG TAK MENARIK.

esok bermula lah balik hidup aku sebagai budak medic yang busy dengan jadual yang padat.takdelah padat mana pun actually..tapi padat lah kalau nak banding dengan jadual kawan-kawan course lain tuh kan.untunglahhh korang.jadual kami 8am-5pm.korang ada?takde punyeeee.hihi

esok kene dah kene iron baju kurung pepagi buta.esok dah kene main cop cop toilet nak mandi.esok dah kene jalan kaki pegi kelas.esok otak dah kene gerak semula.sila bangun ye otak.jangan buat aku blurr esok.please..esok dah kene makan kat cafe yang sangat kecik dan sesak.i want Rafflesia.esok dah kene rebut-rebut surau kat fakulti.nak surau macam kat Palam.besar dan sangat selesa. rindu Puncak Alam :( esok dah kene dinner makanan kat DC.dah taktau nak makan ape kat DC tuh dahhh -.-' bosan.end up mesti order nasi goreng kampung.bosan bosan! 

need to sleep.wajib prepare mental and physical untuk esok.hahahahahaha. 
Selamat Berjuang kembali Shazana :D 

night everyone ^^

Wednesday, November 16, 2011

kerjaya tetap Cik Shaza semasa cuti adalah melagha :D

assalamualaikum semua :)


Alhamdulillah,sekarang masih cuti even kawan-kawan yang lain sudah pun memeningkan kepala kat U tuhh.hihi.terimakasih Dean :) kami,para pelajar perubatan UiTM masih berfoya-foya,melagha kat rumah nie.cuti lebih seminggu je dengan korang yang lain.nanti-nanti korang cuti lagi over over dari kiteorang.so,takpayah lahh nak jeles jeles sangat sekarang nie ye. T_T


hanya satu hipotesis yang boleh dibuat berdasarkan dah seminggu lebih cuti nie kan. "semakin lama cuti,semakin lama lah buku duduk diam tanpa disentuh dalam beg tu." ye..hipotesis diterima untuk diri aku nie lahhh =.= dan,dengan yakin nya..takkan ada budak lain yang pemalas sepemalas aku nie. "saya menghargai masa yang ada nie untuk bersama keluarga.nanti balik U nanti baru lah study." -ayat nak sedapkan hati sendiri- booooooooooo shazana!


harinie,baru aku sedar..nape aku tak study time cuti nie.hal ini demikian kerana....TAK ADA langsung subjek math dalam course aku nie.yang mana,selama nie kalau balek rumah..hanya subjek mathematics yang akan aku buka ketika cuti.sebab..math cool.boleh buat dimana-mana sahaja.selalu kat rumah study depan tv.dah tuh,ni semua subjek membaca,menghafal,menghighlight.memang harapan lah kan nak study depan tv.betapa aku rindu kan mathematics.rindu nak tekan-tekan calculator :(


naik cuti,ada test titas. 3 minggu lagi second PT pulak. Y__Y itu sungguh menarik bila satu hape pasal titas pun tak baca lagi dan tak amek peduli langsung pasal PT.sungguh menarikkkkkkkkk! taktau macam mana nak timbulkan semangat nak study kat rumah nie.haihhhh.kawan-kawan,maii lahh bagi sikit semangat berkobar-kobar korang tuh kat aku nie haaa..hihi.


budak pemalas yang tak pernah serious time study.huhu.
*cubaan melakukan muka hodoh akibat kebosanan melampau revise fizik before quiz time asasi dulu*

Wednesday, November 9, 2011

assalamualaikum 

tidak dalam semua perkara kita diberi peluang kedua.
jadi,gunakan lah peluang yang masih ada
peluang yang ada di depan mata
dengan sebaik mungkin.
:')

Sunday, November 6, 2011

Happy Birthday Abang! ^,^

HAPPY BIRTHDAY KAMAL SHAZNI BIN SALIM
selamat menjadi makin tua.hihi

Thankyou ^^

Terima Kasih lah budak ye sebab bagi kek nie :)
wajib lahh suke.Indulgence Secret Recipe.my feveret gitu.hihi

4 november 2011
dapat sehari awal.birthday actually 5 novemver.tapi sebab jumaat tuh dah start cuti,semua nak balik.dapat lah 4november ^^

Tuesday, November 1, 2011

hello november ^^

assalamualaikum :)


alhamdulillah.harinie dimulakan dengan permulaan yang baik.bangun bangun dari katil kaki dah boleh lurus.thankyou Allah. tapi bila jalan still bengkok sikit lah.insyaAllah tak lama lagi elok lah nie :) sakit pun dah kurang.kadang-kadang bila tak ingat kaki tu sakit,jalan bukan main seronok..auchhhhh! ade lah sakit dia.hehe.


alhamdulillah.harinie jugak dapat makan McD for my lunch.even kene tunggu lama sikit kat bilik nie sebab depa pi beli kat sec2,takpe.it's worth.sebab memang ngidam nak makan spicy chicken mcdeluxe.thankyou Atin,Dira,Adda ^.^ time sakit-sakit cmnie,memang selere besar ek?makan je keje -.- dah la jalan kurang,makan bukan main banyak lagi.besok ada lab,wajib timbang! HAHAHA


again,thankyou Allah because you gave me such a nice friendS.to my roommate,Nadhirah.thanks alot.also to Fatin,Adda,Husna,Farhah,Nazirah,Jj,Rose,Tity and others.terimakasih sangat sebab banyak tolong Cik Shaza dalam jangka masa sakit nie.paling banyak tolong dalam part beli makanan lahh kan.hihi. and keep asking me either i'm okay or not.caring sungguh kawan-kawan Cik Shaza nie.rasa disayangi sekejap.hihihihi :D


bila kebosanan melanda diri yang tengah study embryology dan berfikiran sudah lama tak mencapub depan webcam sendiri dan ini lah hasilnya.hihi. ^.^v


moga permulaan november dimulakan dengan senyuman dan diakhiri juga dengan senyuman malah mungkin yang lebih manis.insyaAllah :)