Tuesday, June 26, 2012

Extra Holiday Again :)

assalamualaikum :)


Yeayyy! minggu nie cuti lebey dari orang lagi Hiewhiewhiew :3


tapi..jangan nak suka sangat.yang lain tu jangan nak ikut ponteng class macam Cik Shaza jugak.saya cuti ber-MC.bukan suka suka ye.orang sakit kene lah duduk rumah Hihi


pelik.bila masuk Medic lah benda yang tak pernah nak kene tu kene.sepanjang zaman muda muda,lari sana lompat sini,jatuh tergolek sana tercabut kuku sini..tapi takde pulak nak jatuh sampai injured lutut teruk mcm skrg.pergi camping sana,masuk hutan sini,tapi takde pulak nak kene bisul.Haihh.


tu la ayah cakap, "Allah saja nak bagi adik rasa sakit dia macam mana.nanti time nak ubat orang,dah tau da orang tu sakit.jangan nak ganas ganas pulak..rawat elok-elok." Awww..ayah comel :')


harap lepas nie dah tak jadi balik la sakit yang sama nie.seksa ohh.sakit :( kulit,sila jangan nak sensitif sangat dah eh.please..


cuti memang seronok.tapi kalau sebab sakit,macam tak syok sangat lah Heee ^^

Monday, June 25, 2012

:)


assalamualaikum :)


lamanya tinggalkan blog nie terbiar..tak ada masa nak bukak pun blog sejak naik cuti mid sem haritu. Eh..melampau je.bajet macam busy study sangat lah konon Hihi.


pejam celik pejam celik..dah habis dua module dah pun lepas midsem holiday,module Gastroinstestinal system and Urinary system..the last module for this sem..that is Endocrine and Metabolism system.harap harap boleh la bawak module last nie..dengar module Endo je pun dah lemah sikit dah semangat tuh.insyaAllah Endo kali nie boleh bawak punye lahh :D


last weekend,Medical Intervarsity Games just held at UPM ^^ at the first place,memang tak jadi pun nak pegi sebab konon nya isnin nie nak PT,last last..pergi jugak Hihi tapi da nama pun datang lambat kan,semua game dah habis.sempat tengok futsal je,tu pun dah nak habis habis da..


alang-alang ada kat UPM tu,sempat lah pi jumpa kawan dari USM :)


thankyou soo much Fazreen sebab rajin balik rumah amik kereta and drive bawak kiteorang pegi UPM ^.^


mohon medic banyak banyak buat acara kat area KL la eh..tak perlu lah layan permintaan mereka suh pi kelantan jauh nun sana.Hiewhiewhiew.nak main ngelat sikit :p biar depa je datang sini.boleh? #Eh! Heee.. :)

Saturday, May 5, 2012

the end of holiday :(

assalamualaikum


sekejap je rasa cuti nie,tup tup..esok dah kene balik shahalam sudah :(
cuti kali ini memang digunakan untuk berehat sepenuh hati.notes notes yang dibawa balik dengan sukarela nya dahulu,kini masih tersimpan kemas di dalam beg.tapi tak mengapa,memang cuti seharusnya digunakan untuk berehat bukan? *sedapkan hati*
gunakan waktu cuti dengan berjimba bersama rakan-rakan adalah sangat terbaik! serta meluangkan masa sehabis mungkin bersama keluarga adalah sangat sangat sangat seronok! :D so,kalau ini lah sebab nya Cik Shaza tak bukak notes and tak siap kerja BEL..ohhh tidak mengapa ;) Heehehee


City Park :)

KLCC :)

thankyou girlfriends :* 

Thursday, April 26, 2012

schAwal :3

tadi tengok SEIA SEKATA SCHAWAL :3

gambar Pre Wed Scha & Awal :)

mereka sangat comel :D


to bakal suami,nanti i nak bear comel+besar+gebu macam Awal bagi kat Scha time propose tuh jugak okay.cincin tuh dah memang wajib lahh.. Ehh! -.- Hihihihihi
*nie berangan.bakal suami pun takde.Hiewhiewhiew*

Tuesday, April 24, 2012

cuti midsem datang lagi :D

assalamualaikum :)


alhamdulillah.dah lepas 3 module untuk semester dua nie.tinggal lagi 3 module yang perlu dihabiskan before tibanya final exam semester 2 nie.


minggu nie kami dah start cuti midsem :)


so..haruslahh menggunakan cuti ini sebaik-baiknya.bukan senang nak dapat cuti cmnie.. *ecehhhh* Hahahaha


sesampai je rumah jumaat lepas,hanya sempat lepak beberapa jam sahaja.dan saya terus di-kidnap oleh Fatin Nasuha dan Ili Dhaniah Hehehehehe.mereka membawa saya ke Melaka and more specific to..Desa Balqis Chalet,Kuala Linggi.kira macam penampilan khas untuk Amru's birthday surprise party *pasan* Hahaha :P


Haaaa..nie lah dia tempat nya.cantik kan...kan kan?Hehehe..

kalau dah surprise party.dah sinonim sangat lahh ada tepung kan -.- putihlahh kau dengan tepung tepung tu Amru oiii.Hahahahaha.Me dengan Fatin dah tentunya duduk jauh dari tempat kejadian.Alhamdulillah terselamat daripada serangan tepung. ^.^v

benda benda nie lahh yang telah memenuhkan perut kami pada malam tersebut.kenyang kenyang! :D thankyouuuu guys berasap-asap kat bawah tuh sediakan bbq tu.Eh..tapi jangan ingat kiteorg yang girl girl nie tak turun berasap-asap jugak eh..turun ohhhh..tapi kejap je lah.Hikhikhikhik 

yang paling terbaiknya..bangun bangun pagi esoknya..tekak tersangatlahh sakit -.- i've got pharyngitis.baru je habes belajar module respiratory.dah kene pharyngitis dan ditemani dengan selsema and batuk.yaaa..productive cough.so..should i take expectorant or mucolytic doctor? Hehe

cuti midsem masih berbaki seminggu 5 hari lagi.and..it's fully booked *ecehh..bajet macam hape je kan..Hiewhiew* padahal..hakikatnya,sebab susah sangat nak cuti.sebab tu sekali cuti semua nak plan macam-macam.nampak sangat rindu aku lahh tu Hihihi *pasan lagi -.-''*

Happy Holidays :)

Monday, April 16, 2012

Does this describe my friends? 
yupppy yupppy YES :)

Monday, February 27, 2012

Hello Semester Two ^.^

assalamualaikum :)


tidak ku tahu mengapa mata ini tidak mahu lelap.sedangkan rakan-rakan ku semua sudah lena dibuai mimpi.mungkin terlalu "eksiteddddddddddddd" untuk mengharugi semester dua ini sehingga aku tidak dapat melelapkan mata.Hahahahaha. 


just wanna to say hai hai hello to Haemopoietic and Lymphatic System module.
please be kind to me ye sayang.


my first week schedule.padat tak?hiewhiewhiew

And,this module hanya akan berlangsung selama 2 minggu.that mean,next week this module akan sampai pada penghujungnya and i have to sit for the progress test? baru masuk dah ada test. -.- 

Friday, February 24, 2012

Alhamdulillah.thankyou Allah :')

assalamualaikum :)


sememangnya aku sungguh tak sangka result akan keluar harinie -.-


pagi ku bermula dengan ceria.finally,dapat jugak jumpe Logent and Mika.diaorang nie dormmates Samura aku dulu.even masing-masing duduk Seremban je.tapi almost 2 years jugak lah kitaorang tak jumpa.masing-masing busy dengan 'kerjaya' sendiri.sibuk mencarik ilmu di negeri orang.Huhuhu.buat Izzah,Yuna,Peje,Pnut and Melor..nanti kita semua gather keyhh.rindu nak duk joyah joyah kat tengah-tengah dorm Budi3 macam dulu. :')


"biasalahhh budi tiga.." Hahahaha. ayat tu still keluar dari mulut Logent sebagai KD bila cerita cerita pasal dorm tadi.Hihihi. And,only we know apa maksud sebenar disebalik ayat tersebut.Hahahahahahahaha *gelak evil* Missallofyousweetty! 

Ohh.the 'best' thing happen tadi.ayat pertama Mika bila jumpa Cik Shaza tadi. "weihh.asal kau dah gemuk nie!" ye Mika.i know it.takperlu lahh mention kuat-kuat tadi ohhhh.Hahahahahahaha.segan makcik sekejap :P kalau nak banding dengan kat Samura dulu,aiyoooo..sekarang nie dah kira macam tong drum dah.Haha

debaran mula dirasai apabila tiba-tiba fon bergetar-getar *vibrate* dalam beg.satu mesej diterima.lantas aku membuka mesej tersebut.Oh,dari Fatin rupanya. "Shaz,dah check result?" Erkkkkkkkkkkkkkkkk..i'm like O.o'' tengah seronok gelak-gelak macam harom tengok Adnan Sempit 2,terus terdiam sebentar aku tadi.focus berbalas mesej dengan Fatin sekejap.sejuk terus tangan time tuhh.bukan sebab aircond wayang tapi sebab cuak punya pasal.hiewhiewhiew

Then..sepanjang perjalan pulang ke rumah.dalam fikiran hanya Result! Result! Result! makin dekat dengan rumah,makin kencang jantung nie berdeguppppppp.selamat sampai cepat sikit.kalau tak,dah terkeluar agaknya.okay tu hiperbola.Hihi. tanpa berlegah..terus meluru masuk bilik capai lappy then terus bukak Fb.bergetar-getar tangan macam orang Parkinson.sangat memerlukan Benzatropine tadi.carik punya carik number matrik Cik Shaza..Alhamdulillah.terimkasih Ya Allah.Syukur. 

walaupun result aku tak sehebat mana,tapi Alhamdulillah.syukur aku lulus final exam untuk sem one nie.dengan cara aku jawab haritu.dengan usaha yang tak seberapa.sangat sangat sangat bersyukur dengan rezeki Allah buat aku kali ini :')

buat kawan-kawan yang dapat result gempak tuhh.Tahniah buat korang! And,buat kawan-kawan yang kurang berjaya.takpa..sekali gagal tak bererti gagal selamanya.semester dua bakal bermula.sama-sama kita berusaha lebih gigih.

nak jadi doctor bukan sekadar berjaya di kertas ^.^

Tuesday, February 21, 2012

♥ 21022012 ♥

assalamualaikum :)


walaupun berlenguh-lenguh kaki merayap satu kuala lumpur tu dengan kau.tapi ia tetap berbaloi. ^.^


ktm seremban --> kl sentral --> monorail --> times square --> low yat --> bintang walk --> monorail --> klcc --> monorail --> kl sentral --> seremban


                                                                                                                                                    thankyou :')

Sunday, February 19, 2012

Huuha Huuha First Week Semester Break Holiday \(^,^)/

assalamualaikum :)


tik tok tik tok..dah seminggu pun Cik Shaza cuti.sekejap je rasa dah seminggu melagha rupanya.hiewhiew.ahad depan dah kene balik ShahAlam balik.alahaiiiii...


minggu nie tak adalah berHuuha-Huuha sangat pun.banyak lepak kat rumah je ^^ masa yang berdetik dihabiskan dengan menonton cerita My Girl.alahhhh,drama korea yang famous amos dulu-dulu tuh.sekarang pun still famous jugak rasanya kot.kali nie merupakan tayangan kali kedua kat mata Cik Shaza nie.baru lahh boleh perasan yang hero dia,Lee Dong Wook tu hensemmmmmmm! hohoho. before nie mata di kaburi oleh Lee Min Ho aka Goo Jun Pyo dalam Boys Over Flowers tu. *winkwink*
takdelah hensem sangat pun kan.tapi dia sungguh sweet.
"because i can't lie.." ohh.sumpah sweet :D

masa jugak dihabeskan dengan berfoya-foya bersama girlfriends yang turut cuti buat masa ini.bagus bagus.selalu kalau cuti,mesti cuti sorang-sorang je. *sobsob* 
menghabiskan masa di Melaka Bandaraya Bersejarah. ^.^ takdelah merantau mana pongg.lepak Mahkota Parade je.tak dapat nak pusing-pusing sangat memandangkan kereta Myvi comel Atin tuh temperature naik pulak.saja lahh tu jeles dengan kteorg

seminggu ini jugak digunakan untuk menambah lemak-lemak di pipi dan seluruh pelusuk anggota badan yang lain -.- memang benda nie tak dapat dielakkan.dengan ada nya Mama yang sentiasa akan memenuhkan tudung saji dengan juadah-juadah yang sangat memikat kalbu dan menggoda nafsu makan Cik Shaza nie,maka mulut ini akan sentiasa mengunyah ketika berada di rumah.hihihi

lemak-lemak yang diternak dengan jaya nya ini juga disumbang ikhlas ketika bersantai di IceRoom dengan akak Cik Shaza yang tercinta nie.beli sampai dua icecream *tamak* last last..dua-dua Cik Shaza jugak yang habeskan -.-'' mana nye lahh tak gemuk.adoiii lahhhhhhh.

i have another one week tuk berfoya,bersantai dan melagha.hopefully lemak-lemak tidak membiak dengan agresif,produktif dan jayanya.huhuhuhu :D

Monday, February 13, 2012

komen cik shaza tentang final exam..

assalamualaikum :)


setelah 3 hari bermalas-malasan dekat rumah,baru lahhh terrajin nak update blog.hihi.


aku telah mencapai kememerdekaan buat sementara waktu pada hari jumaat yang lepas. :D final exam akhirnya tiba pada penghujungnya. *bajet macam final exam lama sangat je kan..padahal 3 hari je -.-''* kalau disimpulankan,hanya satu perkataan, "hancusssssssssss.." T_T 


kalau nak dirungkai satu per satu..hurmm.hari pertama,paper SAQ merobek-robek hati aku sebab benda yang da baca tapi tak ingat -.- paper PBQ,urmmm..okey lah.terubatlahh hati yang terluka di sebabkan SAQ.hari kedua,OSPE??OSPE?paper nie dah buat seluruh jiwa ku pergi.buat separuh dah ehh..SELURUH jiwa aku.lecture tanda paper nanti,memang macam budak enjin datang tolong jawabkan OSPE untuk aku. T_T hari ketiga,MCQ pulak?okey okey je lahhhh.takde perasaan dah nak jawab MCQ time tuh disebabkan OSPE.huhhhhhh. 


barang yang lepas jangan dikenang..kan kan?boleh buat ke..takley buat ke..apa boleh buat dah..hanya mampu berdoa.moga-moga aku lulus lahh tuk final kali nie. *tapi macam...macam.....takpe! think positive* aku redha and terima je nanti result yang keluar.kalau lulus,Alhamdulillah.sem2 tingkatkan lagi usaha.kalau tidak,mungkin tu satu ujian buat aku,sem2 kene lagi berusaha lahh kan..tapi insyaAllah,setiap usaha yang kita buat mesti ada ganjaran dia. :)


PIZZA HUT. melantak after last paper final exam ^^


TUTTI FRUTTI sebagai pencuci mulut. *dyeorg je makan tutti frutti.cik shaza makan icecream jelly kfc je.sedap! ngidam dari study week lagi.akhirnya,dapat jugak makan.ngeeeeeee :D

Sunday, January 29, 2012

#1 dap dup final

terlalu banyak benda untuk study.
lebih tension bila dah study tapi tak ingat lepas tu.
memang nie bukan final pertama dalam hidup aku.
tapi nie lah final pertama untuk aku dalam course ni.
dan aku merasakan sangat susah nak hadapi final kali ni.
tidak mengharapkan lebih.
cukuplah sekadar lulus dalam final kali ini.
itu pun sudah cukup menceriakan hati bila melihat result nanti.

hanya Engkau yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan.
Ya ALLAH,mudahkanlah urusan ku.

Saturday, January 28, 2012

peperiksaan akhir semester T.T

assalamualaikum 


tahniah kepada kawan-kawan yang dah dapat pun result final exam korang tuhhh.yang mana berjaya dengan cemerlang,tahniah again and for those yang dapat result biasa-biasa tuhhh..alaaa,chill lahh.asal lulus.hihihi.


for me,i have to survive for another 10days kat ShahAlam nie without ada cafe yang bukak -.- sungguh dipinggirkan ye kami-kami pelajar perubatan nie.final akan berlangsung pada hari Rabu,8 februari 2012.till now tak dapat pun lagi jadual exam actually..ke aku je yang taktau.hehe.


24jam hati mula tak tenang.tapi dalam tak tenang tak tenang tuhh..tidur elok je pun -.-' hello shazana,your final just around the corner je kot.dah lahh bergunung-ganang benda nak kene baca.please bersemangat sikit ye! chaiyokk chaiyokk! *erkkkk..overexcited cakap dengan diri sendiri.hihihi*


i don't know how they study and remember everything..supergenius kot.untunglahhhhhhhhhh..kalau aku,baru baca semalam,then harinie ade orang tanya..selalunya mesti, "Aaaa...baru baca semalam kot.jap ehhh..." nak recall tuhh..homaigadddddddddddd...bapak lama T.T


duduk kat kolej time study week,memang lah tension.sebab tengok semua orang study giler-giler.kalau tak exam pun study..cuba lahh bayang macam mana kalau time study week.lagi lahh giler kan.hihi.masalahnya,aku je yang tak reti nak jadi macam dyeorg tuhh.hurm! mungkin aku yang salah pilih course kot.mungkin...


mungkin dah ditakdirkan aku masuk course nie kan..so,buat je lah yang terbaik :)


okay,tuk kawan-kawan seangkatan..GOODLUCK semua! moga batch kita result semua gempak-gempak.InsyaALLAH.amin :D

Wednesday, January 18, 2012

tak mudah namun tak susah

assalamualaikum


memikirkan PT yang akan berlangsung pada Jumaat,20 Januari 2012 ini.secara tidak langsung membebankan fikiran dan mengakibatkan mood yang terumbang-ambing.hal ini lebih menyeksakan apabila mengenangkan peperiksaan akhir semester *skema* yang hanya berbaki lagi 2 minggu. persoalannya,adakah masih sempat untuk aku meng-cover segala chapter dari general module 1,general module 2 and MSK module?aku belum lagi mengira seberapa banyak chapter yang perlu aku jadikan boyfriendS selama 2 minggu study week nanti.but,it's more than hundred i think..hypertrophy otak aku nak study untuk final nanti -.-  hurm.tapi..insyaAllah boleh.moga dipermudahkan urusan.amin. :)

Sunday, January 15, 2012

nasi minyak ohh nasi minyak

assalamualaikum :)


tengah seronok-seronok bertweet-tweet petang tadi.sekali BFF Cik Shaza,Sheril tweet.. "sha..nanti pergi kenduri Ain tak?" dengan pantas lagi bersemangatlahh reply tweet tuhh, "taktau lagi.bile kenduri dia?sha tak balik rumah lagi.tak tgk lg kad dia." dan menanti tweet Sheril dengan penuh harapan yang bukan lahh minggu nie. selang beberapa minute kemudian... "kenduri dia 22 nie.amru cakap lahhh.." 


perkara pertama.. "Dira,22 hari ape eh?ahad eh?" Dira pun,"haah.ahad nie lahhh."


"TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!" *involuntary action*


"ahad nie sha ada kem BTN.habes pukul 5.rasa tak dpt pegi lah kot. :( " dengan sayu dan sedih reply tweet Sheril. Aaaaaaa...benci BTN.huhhh!


dah la nikah ritu pun tak pergi.nie kenduri kawin dia pun tak dapat pergi.sedih gilerrrrrrrrrrrr! majlis kawin BFF sendiri kot tak pergi.dah la tu first geng kiteorang yang kawin.wuuuuuuuu~ sedihnye!! nanti mesty gambar dyeorg semua ada kat pelamin tu and mesty Cik Shaza je yang takde.ini tidak adil.tidak! tidak! tidak! *masih belum boleh terima kenyataan tak dapat pergi* 


kesimpulannya..nasik minyak pertama yang menjadi persoalan sejak dari kita form one dulu muncul jua.tapi aku jugak lah yang melepas nasik minyak pertama geng kita kan Y_Y


to you Nurul 'Ain Zainudin,ingat-ingat sikit.dah jadi isteri orang pun kau.jangan nak macam kanak-kanak riang cam kteorang nie lagi.hihihihi. moga mampu jadi isteri yang baik and yang terbaik buat Afham. :) semoga kekal sehingga anak cucu cicit semua lah ehh.. Selamat Pengatin Baru Ain and Afham! ^,^


ehemmm mama,bila pulak adik nak amek gambar macam nie ehh?hahahahahaha :P

Thursday, January 12, 2012

saya HOMESICK,mereka HONEYMOON

assalamualaikum :)


selepas seminggu lebey tak balik,terasa homesick terlebey-lebey pulak.nie semua symptom nak exam lah nie.haha! test lagi seminggu,final lagi tiga minggu. *seriuosly cuak* tapi..seperti biasa..disebabkan homesick lah takde mood nak study. :(


ketidakdapatan kebalikkan kemingguan keinian disebabkan mama and ayah nak pi jalan-jalan berbulan madu pula.wuuuuu~ tak adil betul.pergi jalan-jalan tanpa kami 3 beradik.


berhabisan masa bergayutan bersama my handsome king and my beautiful queen sebelum mereka berangkat esok tengahari.semoga selamat pergi dan selamat balik mama and ayah.have a nice trip.enjoy your holiday! tapi kan..tapi kan..jangan lupe ole-ole adik ehhh..hihi *dah demand awal-awal dah nak apa.hahahahaha*


rasa sebak plus sedih sama dengan rasa nak nagis tadi.first,sebab homesick.then bila dengar suara mama and ayah.lagi lah bertambah-tambah homesick nye.second,takdapat nak hantar mama and ayah pi airport esok.sedihhhhhhh T_T tahan punye tahan.kantoi jugak ngan mama sebab suara dah lain tetiba.hihihi!


apa yang penting..after kem BTN,terus balik rumah! yeayyyyy! ayah dah cakap nak amek kat Ulu Sepri tuhhh nanti.sayangggggggg ayah! :D so,sila bersabar lagi seminggu dan sila prevent penyakit homesick anda dari terus merebak ye shazana. ^.^v

Saturday, January 7, 2012

Happy Birthday My Queen ^^

assalamualaikum :)


Selamat Hari Lahir Mama! <3


Mama..happy birthday! On your birthday i wish you joy even without me beside you. (tacinggggg sat... T_T) hihi.Take care of yourself mother.Without you,I would not be here.You encouraged me in everthing and tried not to let me fall.Thankyou Mama. :') May ALLAH bless you!


You are the best mother and wife forever for us..




Thankyou for everything Mama! :D 


**lambat update semua gara-gara line UiTM yang sangat laju lagi pantas.kalah ktm balek semban -.-''

Tuesday, January 3, 2012

early in the morning..

assalamualaikum :)


hye.hai.hello everyone..
selalunya waktu waktu sekarang nie Cik Shaza dah selamat beradu dah pun.mimpi dah sampai tah ke mana tah agaknya.hihi.tapi malam nie dah bergolek-golek hampir sejam lebey,,mata still tak boleh nak lelap.nie semua sebab panas! siyes panas dah shahalam sekarang.takbest! nak macam musim hujan ritu.sedap giler tidur.petang-petang pun sejuk je dalam bilik.besttttttnyeeeeeeee!


bila dah tinggal sorang-sorang camnie..mula lah Cik Shaza teringat pasal kerja-kerja yang banyak tak siap tuhh.dengan final titas khamis nie. *tension* bila dengar ramai giler dah siap sgs,lagi arr wat Cik Shaza tension.then,jumaat haritu..before balik nampak amri dengan eddy jalan depan delima.bawak beg,buku bagai.pegi library lahh tuhhh.rajin gilerrrrr! nie,sesampai kat delima tadi,nampak badri pulak odw balik kenanga.bawak beg jugak.library jugak ke?? -.- okey! korang memang rajin.jeles!


btw,goodluck buat kawan-kawan yang dah start final this week :) 


okey,azam tahun baru yang pertama: sayangi masa.jangan lagha banyak sangat.gunakan waktu sepenuhnya.hopefully berjaya lahh azam yang nie.sesungguhnya Cik Shaza sangat tak bagus dalam mengendalikan masa.tu lah masalah sebenarnye.lebih melagha dari study.haihhhh..


nampaknya mata pun dah segar balik after duduk kat kerusi nie.so,better Cik Shaza sambung balik sgs yang berlambak-lambak menunggu untuk disiapkan tuhh.hihi. *tp konpem 15minit kemudian dan menguap macam hape je nie.hahahaha* nyte everyone! sweetdream.. ^,^

Sunday, January 1, 2012

wish you happy birthday pretty! :)

assalamualaikum :)


HAPPY BIRTHDAY NUR SHAZWANY !

and happy new year! :) selamat menjadi makin tua.kau dah puluh-pulahan dah pun.aku still belas-belasan lagi.yeayyy! :P semoga menjadi lebih matang dari sekarang ye wany.hihi.goodluck dalam apa pun yang kau buat! semoga bahagia sentiasa.happily ever after lah kata kan. *winkwink* hehehehe.

kenal time asasi sains uitm sebab satu group F4 ^^

mana ada aku,situ ada kau.

mana ada kau,situ ada aku.

rindu nak berkepit dengan kau dari pagi sampai petang 5 hari seminggu.

selamat dua-dua duduk seremban.senang sikit nak jumpe.tapi buat masa sekarang masing-masing busy study,,tak tau bile nak jumpe lagi.kau cuti,aku study.aku cuti,kau pulak study :(

pape pun..

imissyou.iloveyou.my sweety pretty gorgeous girlfriend! <3