Tuesday, April 24, 2012

cuti midsem datang lagi :D

assalamualaikum :)


alhamdulillah.dah lepas 3 module untuk semester dua nie.tinggal lagi 3 module yang perlu dihabiskan before tibanya final exam semester 2 nie.


minggu nie kami dah start cuti midsem :)


so..haruslahh menggunakan cuti ini sebaik-baiknya.bukan senang nak dapat cuti cmnie.. *ecehhhh* Hahahaha


sesampai je rumah jumaat lepas,hanya sempat lepak beberapa jam sahaja.dan saya terus di-kidnap oleh Fatin Nasuha dan Ili Dhaniah Hehehehehe.mereka membawa saya ke Melaka and more specific to..Desa Balqis Chalet,Kuala Linggi.kira macam penampilan khas untuk Amru's birthday surprise party *pasan* Hahaha :P


Haaaa..nie lah dia tempat nya.cantik kan...kan kan?Hehehe..

kalau dah surprise party.dah sinonim sangat lahh ada tepung kan -.- putihlahh kau dengan tepung tepung tu Amru oiii.Hahahahaha.Me dengan Fatin dah tentunya duduk jauh dari tempat kejadian.Alhamdulillah terselamat daripada serangan tepung. ^.^v

benda benda nie lahh yang telah memenuhkan perut kami pada malam tersebut.kenyang kenyang! :D thankyouuuu guys berasap-asap kat bawah tuh sediakan bbq tu.Eh..tapi jangan ingat kiteorg yang girl girl nie tak turun berasap-asap jugak eh..turun ohhhh..tapi kejap je lah.Hikhikhikhik 

yang paling terbaiknya..bangun bangun pagi esoknya..tekak tersangatlahh sakit -.- i've got pharyngitis.baru je habes belajar module respiratory.dah kene pharyngitis dan ditemani dengan selsema and batuk.yaaa..productive cough.so..should i take expectorant or mucolytic doctor? Hehe

cuti midsem masih berbaki seminggu 5 hari lagi.and..it's fully booked *ecehh..bajet macam hape je kan..Hiewhiew* padahal..hakikatnya,sebab susah sangat nak cuti.sebab tu sekali cuti semua nak plan macam-macam.nampak sangat rindu aku lahh tu Hihihi *pasan lagi -.-''*

Happy Holidays :)

Monday, April 16, 2012

Does this describe my friends? 
yupppy yupppy YES :)

Monday, February 27, 2012

Hello Semester Two ^.^

assalamualaikum :)


tidak ku tahu mengapa mata ini tidak mahu lelap.sedangkan rakan-rakan ku semua sudah lena dibuai mimpi.mungkin terlalu "eksiteddddddddddddd" untuk mengharugi semester dua ini sehingga aku tidak dapat melelapkan mata.Hahahahaha. 


just wanna to say hai hai hello to Haemopoietic and Lymphatic System module.
please be kind to me ye sayang.


my first week schedule.padat tak?hiewhiewhiew

And,this module hanya akan berlangsung selama 2 minggu.that mean,next week this module akan sampai pada penghujungnya and i have to sit for the progress test? baru masuk dah ada test. -.- 

Friday, February 24, 2012

Alhamdulillah.thankyou Allah :')

assalamualaikum :)


sememangnya aku sungguh tak sangka result akan keluar harinie -.-


pagi ku bermula dengan ceria.finally,dapat jugak jumpe Logent and Mika.diaorang nie dormmates Samura aku dulu.even masing-masing duduk Seremban je.tapi almost 2 years jugak lah kitaorang tak jumpa.masing-masing busy dengan 'kerjaya' sendiri.sibuk mencarik ilmu di negeri orang.Huhuhu.buat Izzah,Yuna,Peje,Pnut and Melor..nanti kita semua gather keyhh.rindu nak duk joyah joyah kat tengah-tengah dorm Budi3 macam dulu. :')


"biasalahhh budi tiga.." Hahahaha. ayat tu still keluar dari mulut Logent sebagai KD bila cerita cerita pasal dorm tadi.Hihihi. And,only we know apa maksud sebenar disebalik ayat tersebut.Hahahahahahahaha *gelak evil* Missallofyousweetty! 

Ohh.the 'best' thing happen tadi.ayat pertama Mika bila jumpa Cik Shaza tadi. "weihh.asal kau dah gemuk nie!" ye Mika.i know it.takperlu lahh mention kuat-kuat tadi ohhhh.Hahahahahahaha.segan makcik sekejap :P kalau nak banding dengan kat Samura dulu,aiyoooo..sekarang nie dah kira macam tong drum dah.Haha

debaran mula dirasai apabila tiba-tiba fon bergetar-getar *vibrate* dalam beg.satu mesej diterima.lantas aku membuka mesej tersebut.Oh,dari Fatin rupanya. "Shaz,dah check result?" Erkkkkkkkkkkkkkkkk..i'm like O.o'' tengah seronok gelak-gelak macam harom tengok Adnan Sempit 2,terus terdiam sebentar aku tadi.focus berbalas mesej dengan Fatin sekejap.sejuk terus tangan time tuhh.bukan sebab aircond wayang tapi sebab cuak punya pasal.hiewhiewhiew

Then..sepanjang perjalan pulang ke rumah.dalam fikiran hanya Result! Result! Result! makin dekat dengan rumah,makin kencang jantung nie berdeguppppppp.selamat sampai cepat sikit.kalau tak,dah terkeluar agaknya.okay tu hiperbola.Hihi. tanpa berlegah..terus meluru masuk bilik capai lappy then terus bukak Fb.bergetar-getar tangan macam orang Parkinson.sangat memerlukan Benzatropine tadi.carik punya carik number matrik Cik Shaza..Alhamdulillah.terimkasih Ya Allah.Syukur. 

walaupun result aku tak sehebat mana,tapi Alhamdulillah.syukur aku lulus final exam untuk sem one nie.dengan cara aku jawab haritu.dengan usaha yang tak seberapa.sangat sangat sangat bersyukur dengan rezeki Allah buat aku kali ini :')

buat kawan-kawan yang dapat result gempak tuhh.Tahniah buat korang! And,buat kawan-kawan yang kurang berjaya.takpa..sekali gagal tak bererti gagal selamanya.semester dua bakal bermula.sama-sama kita berusaha lebih gigih.

nak jadi doctor bukan sekadar berjaya di kertas ^.^