Sunday, August 14, 2011

bila cemburu menguasai diri,benci terbit dalam hati

assalamualaikum :)
"alooorhh,dia jeles lettewwww..."
"kalau kau jeles tuh,cakap je lah.bising bising pulak...."
"jealous pulak kau.."


rasa nye dalam kehidupan harian kita mesti selalu je dengar orang cakap macam nie kn?apa tuhhh jealous agaknya ek?


cemburu itu iri hati. (sakit hati tengok kelebihan orang lain)


ye,iri hati. -.- bukan nak cakap aku takde perasaan cemburu tuh langsung kan.aku pun selalu je jealous jealous kat orang nie. *confession* sebagai manusia,kita tak boleh elak pun perasaan cemburu.cemburu tuh naluri manusia yang sangat sangat sukar untuk dibendung.tapi,kita still boleh mengawal perasaan tersebut.


cemburu selalunya dikaitkan dengan suami isteri and orang yang tengah hot hot ber-couple nie.kn kn? tapi cemburu tuh boleh je wujud antara kawan-kawan jugak.takde yang mustahil.kalau cemburu sikit-sikit tuh,takpelahhhh.orang cakap, "cemburu tandanya sayang." korang pun dah naik muak dengar benda nie agaknya.hahahaha.tapi kalau dah jealous over gilerrr pastu cemburu pasal benda yang langsung tak relevant -.-  itu CEMBURU BUTA namanya.cemburu pun ada mata jugakkk,korang jangan lahhh rabun kan mata cemburu dalam diri korang tuhh sebab nak ikut sangat iri hati sendiri.


perasaan cemburu jugak kadang-kala mampu mengubah kita ke arah lebih positif.tapi lebih banyak cemburu yang berakhir dengan hasad dengki,bertikam lidah,bunuh sana bunuh sini.haishh,,sekarang memang trend orang bunuh orang rasanya.bila cemburu dah menguasai diri,memang sangat senang syaitoooon nak mulakan kerja dia.subhanallah.dunia sekarang sangat menakutkannnn.


antara faktor-faktor utama cemburu ialah bila melihat kejayaan orang lain,kebahagiaan yang mereka kecapi,kelebihan paras rupa (hensem kacak bergaya/cantek comel sweet cute),perhatian yang diberi melebihi diri sendiri dan tarikan lain yang membuatkan seseorang itu lebih menonjol.tak salah kalau nak cemburu atas kejayaan atau kelebihan orang lain,tapi haruslah dikemudiankan dengan perasaan ingin berjaya.jadikan perasaan cemburu tuh satu cabaran untuk diri sendiri.kalau takat cemburu dan terus cemburu,ape pun tak dapat.kan?


kalau kita ada macam apa yang kita jeles kan tuhh,mesti lah kita tak jeles pun dengan orang tu kan?tarik nafas dalam-dalam.fikir balik kenapa kita cemburu.takde sebab cemburu kalau kita sendiri taktau kenapa kita rasa cemburu.tetiba je pulak rasa jeles kn.mesti ada sebab dia.thenn,,fikir balik.apa yang harus korang lakukan untuk menggapai benda tuhh :) the easy way,berhentilah bandingkan diri sendiri dengan orang lain.setiap orang pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. *peringatan kepada diri sendiri jugak.hehe*


itu lah salah satu lumrah alam, 'cemburu'. pandai-pandai lah kawal perasaan cemburu sendiri supaya tak makan diri dikemudian hari nanti.


 sila bersyukur dengan apa yang kita ada.let's say, "alhamdulillah.thankyou Allah." :)


sekian membebel.jumpa lagi :D


aku pun selalu jeles dengan kejayaan orang lain dan yang paling paling paling selalu sangat jeles,dengan kelebihan paras rupa orang lain.haishhhh.teruk betuiiii shazana nie.hehe ^,^ 



No comments: